BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

salam

Friday, June 13, 2014

Bismillah..
Entry pasal kahwin sebab ramai kahwin time cuti kan? Bertunang pun ada.. Alhamdulillah. Tahniah. Alfun mabrukk.

Aku tahu.. Ramai yg berharap untuk aku kahwin awal.. Ramai yang berfikiran aku ada ramai calon.. Tapi Allah je tahu semua tu..

Dan apa yg aku tahu, aku belum sedia..

Aku tahu aku macam mana.. Sikap aku macam mana.. Rajin malas aku macam mana.. Baik buruk hubungan aku dngan org lain mcm mana..

Maaf sahabat2.. Mungkin kau lihat aku dah cukup sempurna. Mungkin kau lihat aku dh cukup layak..

Tapi maaf..

Aku tak nak suami aku perangai macam aku.

Aku tak nak suami aku lemah tarbiyyah macam aku.

Aku tak nak suami aku baran macam aku.

Aku tak nak suami aku malas macam aku.

Belum masa nya.. Mungkin masih jauh lagi.. Jauh lagi..

Bagi aku perkahwinan bukan sekadar aku dan dia..

Tapi ia antra aku, family aku, fmily dia, dia dan Allah..

Ya.. Aku memilih..

Sebab aku nak syurga.. Sedangkan diri aku sekarang tk melayakkan aku untuk ke syurga. Pantaskah aku untuk dapat lebih drp itu?

Apa pula nasib khalifah kecil kami nanti? Dengan segala kemodenan, perkembangan yg melalaikan ni?

Allah2.. Banyak masa lagi.. Kena banyak siapkan diri..

Matlamat hidup kita bukan utk kahwin. Tapi utk mencapai redha Allah.

Ampunkan aku yang banyak bercakap daripada melakukan ini ya Allah..

*sekadar perkongsian buat sahabat2, teman2 yang merasakan diri kalian sudah cukup 'layak' bergelar seorang isteri.. Untuk aku, ini jawapannya.. Untk kalian, mungkin dah bersedia, tahniah. Binalah sebaik2 mahligai yg bukan sahaja bermanfaat pd keluarga mu tetapi pd Islam..

Sunday, October 6, 2013

CINTA KITA BERMUSIM KE?





CINTA KITA BERMUSIM KE?


Bismillahirrahmaanirrahimm.. 
Pertama-tama dan selama-lamanya Selawat dan Salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW. 

(istighfar 3x)... Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Dengan Izin Allah, Alhamdulillah ana dapat sambung coretan pada warkah kali ini.. harap 'terhibur'..

A:Eh? cinta pun ada musim?
B:Ade la.. Winter Sonata.... 
A:erk..
A: Siapa kita? Kita la.. manusia.. awak. saya. kau. aku. saya dan dia. 
B:erk.. (siapa tu?).. 
A:saya dan awak.. 
B: Oh. ok :)

1. SAHABAT
Time gud-gud (baik) :

situasi 1 :awak selalu ada dengan sy waktu sy susah, waktu sy senang. awak sahabat sy dunia akhirat.. terima kasih awak.. terima kasih ya Allah, Kau kurniakan sahabat sepertinya.
situasi 2: awak nanti teman kite pergi pantai.. saya ada masalah la.. saya nak pinjam bahu awak, nak nangis. saya dah takde orang lain selain awk. kalau awk tkde kenderaan, sy gi ambik awak ye. thanks awk. 


Time gado-gado (gaduh) :

situasi 1: kurang ajar btul pompuan ni la. suka hati dia nak ckap psal ak kat FB.. igt dye bagus sgt ke? tkpe.. tggu la ak update status lagi berapi nanti.. baru kau tau ak sape.. rahsia kau dalam poket seluar ak la. dalam poket baju pon ade lagi ni ha..
situasi 2 :ak igt dye kawan smpai akhirat, kawan sampai mati.. tp belum smpat ak mati, dia dh bunuh ak dlu.. kejam nya kau sahabat. sampai hati kau buka aib ak kat kawan2 kau..



~ Meh ana terangkan cket mcm mne tu cinta antara kawan2 yg bermusim. yes. kite semua pernah alami especially perempuan. stiap bulan 'honeymoon' sorg2.. pastu mula la mari hangin dye, marah tk tntu pasal.huh! (cakap psal diri sndri)..
But u cant simply use it as a reason to ignore nor mad at your friend. marah ada batas gok geng! Marah jgn smpai mengaibkan.


Sabda Nabi s.a.w. “Sesiapa yang menjaga aib saudaranya (Muslim), Allah akan menjaga aibnya di Hari Kiamat“..

HATI-HATI!


yang salah itu FITNAH. yang tak pasti itu MENGUMPAT.

kalau kite ngaku2 kite kawan baik dye, ataupon kalau kite ngaku kite baik.. saling la menjaga hati. *dye tk pndai jaga hati sy, takkan sy je yg selalu nk jaga hati dye?* Allah... berterus terang la dan awak takkan rasa sakit kat sini #hati# 

sayang.. Mengalah bukan bererti kalah..
Jangan jadikan cinta kita pada kawan-kawan kita, cinta bermusim.

Hmm.. Mungkin kita takkan dapat jmpe lg musim sejuk yg sama mcm tahun lepas..
mgkin kali ni ribut salji akan melanda.. 
pasakkan! pakukan! gamkan! ketatkan! paterikan! cinta KITA kerana satu.. hanya kerana satu.. demi YAnG SATU.. Allah SWT..
JOM BERSAHABAT KERANA ALLAH!
baru ada umphhh. (terangkat gitu)


2. ALLAH

~Fenomena biasa musim Ramadhan.. konfem.. soheh.. Masjid penuh mase isya'.. selagi ada masjid, selagi ada tempat, selagi itu penuh. ALLAH.. "cinta nya" manusia pada Allah.. "penuh pa soh mase terawih"..
Maaf.. bukan nak ngambing (ng'anjing' haram).. but... thats fact! 
x caye? tgk ramadhan tahun depan.. 

~Time exam pon same.. msti stiap bilik pakat on blake light pg2 bute. kol 3, kol 4..
 qiam. solat hajat. or study mgkin?
Allah.. JGN BERCINTA DGN ALLAH IKOT MUSIM!

Allah cukup pemurah bg kita peluang untuk sentiasa bertaubat.. Allah tkdok kate, 'Mg, cukup dh tiga kali mg wak dosa, lepas ni kalu mg wak pulok, ak x maaf dh mg'. hok gini, bukan sifat Allah.. Allah maha pengampun, maha pemaaf..
 gini sifat manusia, dok sedor diri igt diri dia TUHAN!

Acu cuba bayang kalu Allah pemaaf ikut musim? Macam scary je bunyi kan?..
 Tp Allah dok gitu, adik kakok.. Allah sntiasa ad dekat sgt ngan kita.. 

Firman Allah SWT dalam surah Qaf ayat 16 :
وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ وَنَعلَمُ ما تُوَسوِسُ بِهِ نَفسُهُ ۖ وَنَحنُ أَقرَبُ إِلَيهِ مِن حَبلِ الوَريدِ
Maksud :Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

haa.. caye dah? Alhamdulillah.. Allah tahu apa yang hati kita bisikkan.. 
org malas akan kata : bt pe kite doa, Allah tahu dah ap yang kite nak. tggu je la Allah bagi, cukup cakap dalam hati.. Dia dengar je..

ye.. Allah dengar.. Allah nampak.. Allah tahu.. tp.. Allah nak kite lagi dekat ngn Dia.. Allah nak kite meminta pada Dia lebih besungguh-sungguh.. lebih sungguh-sungguh dr org lain.. 


wallahu a'lam.. sesungguhnya ana bertanggungjawab atas ap yg ana smpaikan.. namun, kita manusia ada khilaf.. asif a'la kulli hal.. crita2 n watak2 diatas tkde kaitan dengan yg masih hdup atau yg dh mati.. 


Ayuh saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran..


Wassalaam..

Sunday, January 8, 2012

Episod 2 :P

       "Walau bergunung harapan, jika tanpa kesungguhan dan amalan, hanyalah sia-sia"

"Congrates dik. Wah, dapat gold medal dye. Untung la".. Belum sempat ke kamarnya dahulu, Ain  menjenguk bilik adik ksayangannya. Ain Nur Juliana, satu-satunya saudara yg Nurin ada.. Dialah abg, dialah kakak, dialah adik.Perbezaan umur Nurin dgn Ain hanya 3 tahun.  Mgkin faktor perbezaan umur yg tdak bnyak jauh tu mnyebabkan mreka begitu rapat, tambahan hanya mereka dua beradik..
"Thanx akak.. Kebetulan akak balik awal kan??....." Nurin sengaja membiarkan percakapnnya tergantung smbil mata melirik2 kearah Ain.
"What?".. Ain mengerutkan dahinya.. Faham dgn maksud adiknya.
"Oh, I'm tired. Bhai".. Ain segera mnutup pntu bilik adiknya smbil tersengih2..
"Akak!!!".. Nurin menjerit kecil dgn usikan kakaknya..
"Hahahha.. Just kidding ok". Pntu blik Nurin skali lagi dibuka dari luar. Cepat siap, I see u 30 minutes from now. Lambat kensel ok?".. Seraya menutup kmbali pntu.
"Yes!!".. Nurin kegirangan.. Dia tahu, Ain takkan hampakan dia. Lagipun, dia ad benda nak share dgn kakak kesayangannya itu..

Tidak sampai stengah jam, dah terpacak Nurin di tepi kereta Ain.
"Awal nye.. Bersemangat sgt nampak. Ad ap2 ke ni?".. Ain pelik. Tak biasa2 adiknya begitu. Selalunya, kalau nak ajak keluar, kene tnggu terpekik terlolong dulu, baru la nak muncul. Ni tak.. Memang pelik bin ajaib. Ke, ada udang di sebalik mee?
"Alaa, org lapar la kak.. Dari tadi tak makan lagi ni. Tggu akak punya pasal. Sampaikan laksa penang yang mama buat pun adik makan sikit je tau. Hehe". Smpai macam tu skali? Memang sah ad something ni. Sampai snggup tolak makanan feveret. 'Sabar Ain, sabar,, nanti rahsia akan terbongkar jugak'..

"Kita nak makan kat mana ni dik?".. Bosan membisu dari tadi, Ain sngaja memulakan perbualan. Sebenarnya lebih kpd, dia nk tahu ap yg mmbuatkan adiknya nmpk pelik hari tu.
"Dah memang sah2 akak yg akan belanja kan? So, kita pergi Paradise Recipe la kak"..
"Wahh! Selera besar nampak adik akak ni.. Kesian la kat bakal husband awk tu nanti".. Ain saja mngusik. Mana tau kot2 jeratnya kali ni mngena..
"Hahaha.. Ad ad je akak ni.. Adik kan baru 16 tahun.. Akak tu ha, bila lagi?"..
"Hello, I'm just sweet 9teen ok.. Lgpun ap kelas kawin awal2".. Jawab Ain smbil mnjebik.. Lain yg ditanya lain yg dijawab adiknye.. Niat nk kenakan Nurin, tapi terkena dia balik. Alahai..
"Adik ni mcm ad something je.. I was so curious to hear something from you".
"Pasal ap pulak kak?".. Nurin menelan liur.. 'Takkan obvious sgt prgai ak hari ni'..
"Ni yg berkerut dahi ni kenapa plak? Ap yg adik fikir ni?".. Ain mencuba lg.
"Ad.. Mmg ad benda yg adik nk crita. Nanti smpai la ek. Baru syok".


"I'm in love!!!".. Belom smpat panas pnggung mreka dduk, Nurin mnjerit. Untung la masa tu tkde org kat skeliling mreka.
"Wow wow wow.. Calm down sis.. Ni mesti dr kat umah lg adik tahan benda ni sorg2 kan? Sbb tu jadi mcm ni"..
"Dah tu, adik nk citer kat sape lg? Takkan kat mama ngan ayah. Maunye adik kene gelak". Nurin buat muka. Bukan hanya itu yg ditakutkannya.. Awal2 lg Puan Sabariah dan Encik Hamdan melarang anak2 nya yg masih belajar utk bercinta.
"Hahahahahahhhaa. Ye la tu takut kene gelak.. Pdhal takut mama ngn ayah marah kan? Ngaku jelaaa"..
"Well, akak tau la mama ngn ayah akak tu kan?"… Nurin tdk jdi mneruskan kata2 nya bila mlihat Ain mnngkat kedua belah tgannya.
"Excuse me, OUR mama and ayah,ok".. Pantang Ain kalau hal tu yg disebutkan.  Sengaja Ain menekankan perkataan our spya Nurin sedar dia bukan lg org asing dlam keluarga mreka.
"Ok, fine.. I'm sorry.. Lgpun, adik tk mksudkan mcm tu pun".. Nurin diburu rasa bersalah. Dia sedar dahulu dia pernah berjanji tdk akan mmbangkitkan lg isu ni.
"Dah2,. Berbalik kpd persoalan td. Siapakah lelaki malang tu?".. Seraya Ain ketawa.
"Malang tak malang, yg pnting hati".
"Eii, sejak bila pndai jiwang2 karat ni?. Geli I nyah. Sapa nama dia? Orang mana? Crita la kat akak!!".
"Rilex bro.. Satu2 la.. Oke?"..
"Nama diberi, Adli Hayqal bin Fadhil. My senior kat skolah la. He's same as your age klau tk silap. 19 tahun, skrg form six atas. I don't know wht is so special 'bout him. Tp, for sure, adik mmg dh betul2 jatuh hati kat dia. Muka dia, bersih sgt kak, tenang, damai kalau sapa2 tgk.. Tp,…" Nurin kembali bermuram durja.
"Tapi ap pulak? Dia dah ad someone special ke?".
"No. I'm just 16. Mungkin ni hnya cinta monyet je kan kak?"..
"Cinta tak mngenal usia dik. Ap yg pnting skrg, adik dpat peluang utk merasai ap itu cnta. Indah kan?".
"Ya. Walaupun hnya adik sorg yg rasa".. Tiba2 Nurin merasa down.
"Dah, dah.. Meh kite makan dulu"..

Esoknya di sekolah..
"Nurin, jom makan". Pelawa Syazwani.
"Emm, takpe la. Ak tak lapar". Nurin tdk tahu knapa moodnya tiada hari tu.
"Kau tk sihat ke? Dr tadi senyap je. Tak nak citer kat ak ke?".. Syazwani tak jadi ke kantin. Bg nya kawannya lebih pnting.
"Ak tak ap2. Cuma hati ak ni".
"Kenapa dgn hati kau? Kau sakit ke?". Syazwani mula risau. Tak pernah Nurin serius bila berckap dgnnya.
Tp hari tu, lain je.
"Entah la.. Hati ak ni macam tak senang je dua tiga hari ni. Kenpa ek?"..
"Ap yang kau fikirkan sbnarnya?. Cuba cerita kat aku".
"Aku tak tau. Ak dah cuba lupakan dia. Dah mcm2 cara ak buat, tapi"..
"Dia? Siapa? Tell me who? Are you in love?".. Syazwani cuba meneka.
"I don't know. Maybe puppy-love?.. Ya Allah, ak tak kuat".. Tiba2 Nurin menangis.
"Hey, jgn la mcm ni".. Dari dduk bertntangan, Syazwani beralih ke sisi sahabatnya.. Bahu Nurin diusap utk mmberikan ketenangn.. Pasti dugaannya kali ni sgt berat.
"Ak dah tak tau nk buat ap".. Nurin menangkat kepala. Matanya yang berair, disapu. Cuba mencari ruang utk bertenang.
"Mcm ni la kawan. Wlaupun kau tk bgtau ak siapa org tu, ak pasti dia bukan calang2 orang. Buat masa ni, kau sibukkan diri kau dgn kerja. Sekolah tggal sebulan lagi. Next year dah nak spm".
"Betul!!.. Tahun depan pasti dia dh tkde kat sini". Tiba2 moodnya elok.
"Senior ke? Hmm, elok la tu. Mgkin kau tk dpat lupakan dia sbb dia masi kat skeliling kau. So,  for at least this one more month, kau kuat ek. Ap2 hal jgn pendam sorg. Kalau tk selesa dgn ak, cerita kat org lain. Ok?".. Syazwani bersyukur, akhirnya Nurin tenang.

Nurin sendiri tdk tahu knapa hatinya merasa sgt tidak tenang sejak kehadiran lelaki tu dlam hidupnya.. Sbelum ni, hatinya tak pernah tersentuh dgn mana2 nama lelaki, tp utk kali ni, entah kenapa dia tewas. Ap yg istimewa ttg lelaki tu?



Friday, December 30, 2011

Episod 1.. :)

"Cinta itu indah andai kita pandai menjaganya.. Hati itu bersih andai kita mampu mengawalnya.. Dengan hati yang bersih, cinta akan  lebih bermakna"

"Perhatian kpd semua ketua pasukan, sila pastikan peserta anda bersedia dari sekarang kerana acara akan dimulakan sebentar lagi, terima kasih''. Suara pengumuman dari ketua guru olahraga  bergema. Semua peserta diminta bersedia di rumah sukan masing-masing. Nurin, salah seorg pserta yg dr tadi berdebar2.
"Nurin, kau dah ambik belom kain?".. Syazwani menyapa.
"Kain ap plak tu? Org berlari pakai sluar la. Mane nk pakai kain"..
"Apa la kau ni.. Kan ari tu cg dah bgtau, kita kene ikat kain ni kat tangan, bg sape2 yg masuk pertndingan ni". Syazwani menunjukkan pergelangan tgannya yg sudah kemas diikat kain berwarna merah seperti gelang.
"Eh, ye ke?.. Ak tak dpat lg. td ak prgi toilet. Mane ak nak ambik bnde tu?".. Dah mula bertambah berdebar dye ni.. Dr dduk, Nurin bngun.
"Rilek la.. Ada ngn urusetia la.. Tu, meja ujung sana. Pergi mntak dgn dia". Syazwani sekadar mnjuihkan mulutnye ke meja urusetia yg terletak di hujung khemah.. Tnpa berlengah, Nurin terus berlari ke arah meja urusetia.. Kebetulan, meja urusetia dijaga oleh seorang senior lelaki dan seorang plajar yg sama umur dgnnya, perempuan.
"Assalamualaikum.. Maaf, nk tnye. Sy peserta. Kat mana nk dpat kain yg ikat kat tgan tu?".
"Wa'alaikumussalam.. Oh, awk la yg sorg lg tak pakai kain ni. Teruk la awk kene marah ngn big bos nanti". Senior lelakinya Abg Farhan mngusik.
"Alaa, td sy pergi tandas. Tak tau kene pakai ni. Cpat la abg, kat mana sy nk dapat bnda ni?".
"Tu, pergi mntak ngn big bos kat sana tu.. Kain tu ad ngn dia". Farhan menunjukkan ke arah seorang lagi senior nya,di tengah padang  yg merupakan kwan baik Farhan jugak.
"Ok. Thank you".. Belom smpat Nurin mngatur langkah, dia dipanggil.
"Eh, adik jap". Farhan membuat isyarat utk mndekatkan telinga Nurin kpdnya seolah2 berbisi..
"Big bos tgah marah tu, cari adik dr td. Dye ckap, kalu ad org nk cari dia, kene bg salam, bg nama, tmpt tggal, kelas, kos yg adik ambik, then nyatakan keslahan.. Muka msti menunduk tau.. Cakap dgn penuh rasa berslah.. Bila dia suruh angkat muka baru adik bgtau ap yg adik nak.. Slagi dia tak kata apa2, adik stay je, ok? Ni pesanan dye tau". Farhan mngeyit mata kpd Adila di sebelahnya.
"Teruknya.. Emm, takpe la.. Thanx abg".. Nurin segera mncari lelaki yg dimaksudkan Farhan td.
"Bismillahirrahmanirrahim".. Dia berjalan ke tengah padang.

"Eii, truk la abg Farhan ni.. Dah la dia lewat, abg bt mcm tu".. Adila cuba mnegur perangai nakal seniornya.
"Alaa, skali skala.. Meh kite tgk drama ni sama2.. Mesti syok oo".. Farhan gelak.. Adila turut tergelak memikirkan, jika ap yg Farhan suruh Nurin lakukan, dilakukannya betol2. Pasti malu!!

"Assalamualaikum, nama sy Nurin Nur Jannah bt Hamdan. Sy tggal di Taman Cahaya. Kelas 4A kursus Perdagangan dan Perakaunan II. Sy minta maaf sbb terlambat sbb sy baru balik dr tandas".. Dgn skali lafaz, ayat yg baru diatur semasa berjalan tadi, laju je melucur. Alhamdulillah..
"Wa'alaikumussalam. Errr?? Nama apa??".. Hayqal ternyata terkejut. 'Eh, ape kes plak ni?'
"Nurin Nur Jannah bt Hamdan". Jwab Nurin laju, tapi smpat ditangkap oleh Hayqal.
"Jannah?".. Hayqal menyoal lagi. Dia kurang slesa berckap dgn muka trtunduk.
"Ye, sy".. 'Rasa mcm pelik plak org pggil ak Jannah.. Ahh, gasak lah'.
"Cop3!! Ni knapa menunduk2 muka ni? Sy tak slesa".. Akhirnya Hayqal brtrus trang.. Pertama kali seorg prempuan dtg berjumpa dgnnya smbil mnunduk smpai mcm tu skali..
"Err, maaf2".. Nurin mengangkat mukanya.. Rasa lenguh tengkuknya sbb terlalu lama mnunduk mmbilang rumput. Sketika Nurin terpana melihat lelaki di depannya. Mlutnya yg hmpir trlopong sgera ditutup.. Dia cuba bersikap spt biasa wlaupon pd hakikatnya hatinya berdebar sakan..
"Meh tgan".. Pinta Hayqal.
"Nk buat ap?".. Nurin teragak2..' Muka hensem, takkan jenis amik kesempatan kot'.
"La, adik kan yg belom ikat kain ni kan? ". Hayqal menarik keluar kain berwarna merah dari poket seluar sukannya. Nurin mngangguk.
"Takpe la, sy pakai sndri"..
"Ok".. Hayqal mnyerahkan cebisan kain trsbut kpd Nurin. Nurin cuba mngikatnya di tgn kanannya.
"Boleh tak?".. Hayqal bertnya, smbil matanya mmndang ke arah lain.
"Er, susah la. Tkpe, sy mntk tlong kwan sy ikatkan. Sy mntk dri dlu, thnx". Belom smpat Nurin beredar, dia di pggil lg.
"Jannah".. Nurin brpaling smula kpd Hayqal.
"Tak baik tolak prtolongan org.. Bak sy tlong ikatkan.." Hayqal mngambil smula cebisan kain dr tgan Nurin. Dia mnyambung lg.. "Lgpun, awk nk pg mana, acara pertama start kat sini and you’re the first person to start the running right?..
"Ye sy".. Nurin trpksa mngikut arahan ketuanya.. Tgan kananya di angkt spya snang Hayqal mngikat cebisan kain merah trsbut.
"Give me your left hand".
"Tak nak.. Ikat jela kat tgan ni".. Nurin masih kekal dgn keadaannya bgitu.
"Smua org pkai kat tgan kiri la cik adik".. Hayqal cuba mngikat kain tu di tgan sbelah kiri Nurin, tapi Nurin sgera mnyembunyikannya di blakang..
"Alaa, biar la.. Bukan smpai tertukar ngn rumah sukan lain pon.. Wrna sama je kan, merah"..
"Tapi, kita nak seragam. Smua mesti pakai kat tgan kiri".. Hayqal cuba bersabar dgn kerenah gadis didepannya..
"Kanan lebih afdhal. Lg pon, sy tk slesa pakai ap2 kat tgan kiri.. So, just put it here". Nurin mengangkat tgannya lebih tnggi. Tiba2 pngumuman tntang acara pertama yg akan bermula kedengaran. Hayqal terpksa mngalah.
"Ok, fine. This time, you win". Hayqal segera mngikat kain trsbut di tangan kanan Nurin. Slesai mngikat, smua ahli pasukan rumah lain yg mnyertai acara pertama iaitu larian 200 meter perseorangan smpai. Mereka mngambil tmpat masing2.
"Jannah, do the best!!".. Hayqal melaungkan kata2 smangt utk anak buahnya.. Nurin pura2 tdk mndengar. Pd nya, fokus di atas padang adalah pnting.. Targetnya, gold medal.. Bukan utk dirinya shja tp utk rumah sukannya..
"Bang!!!".. Tembakan sbg pelepas acara pertama bermula..






Monday, November 28, 2011

TERIMA KASIH ALLAH


Tersedar didalam sepiku

Setelah jauh melangkah
Cahaya kasih-MU menuntunku
Kembali dalam dakap tangan-MU

Terima kasih ALLAH
untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitiMu

TanpaMu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihMu menuntunku
Kembali dalam dakapan kasihMu

Terima kasih ALLAH
untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kelalaianku yang pernah mengabaikanMu

 Edited from : Terima Kasih Cinta by Afgan



Saturday, November 19, 2011

puding koktail berkuah



Bahan-bahan A
1 cwn tepung jagung
1 cwn jagung dlam tin
3 cwn air
1 cwn susu pekat
2 biji telur
Sedikit esen vanilla

Bahan-bahan B
6 biji telur
1 tin susu pekat
1 cwn air suam
1 sudu tepung kastard+1 cwn air
Sedikit esen vanilla

Bahan-bahan C
1 cwn kastard
1 cwn susu cair
3 cwn air
3 biji telur
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn gula
Sdikit garam
Esen vanilla
Pewarna merah

Bahan-bahan D
10 biji telur
1 cwn gula
3 cwn santan
Sedikit garam
1 sudu besar tepung beras



Kuah
2 sudu besar tepung kastard + 2 cwn air
2 tin susu cair
4 biji kuning telur
1 cwn gula
Daun pandan
Esen vanilla

Bahan hiasan
Buah-buahan koktail dlm tin
Laici dlam tin
Buah prune ( sunsweet)
kismis




Cara penyediaan..
1.Bahan A dan C di masak di atas api sederhana.. Kcau sehingga berkilat selama 15-25 minit.
2.Bahan B dan D di kukus slama 15- 25 minit..
3.Utk kuah, campurkan smua bahan.. Kacau di atas api sederhana hingga mndidih..
4.Sejukkan keempat-empat puding  dan kuah di dlam peti sejuk
5.Setelah sejuk, ptong kiub n sedia utk dihidang. :)

 p/s: lebih kurang gnie la rupa dye.. gmbr ni sy google je.. huhu..

SAHABAT


BeTapa sUkaR peRjaLanaN hiDuP iNi
BeTaPa beSar juRang yaNg haRus diLalUi
bEtApA daLam lauTan yAng HarUs diRenanGi
beTaPa CuRaM tEbiNg YANg harUS diRentaSI

meSkipuN hanYa inSan sEkeRdiL aKu
PasTiKan seGaLanya DaPat ku TemPuHI
anDaiNya eNgkAu AdA diSiSi

BiArPUN aKu diBaSaHi huJan hiNaAn
BiaRpUn AkU diPanggAng MenTari
biArpuN Aku diHiRiS beLati toHmaHan
BiArpUn AkU diBakar MenTari kemArahAn


waLaupuN HANya inSan seKerdiL Aku
paSti SemUa dapAT KU PErTahaNkan
dIRI Mu juGA kAn kU seLamaTKan
anDai kaU MaSiH disIsI Ku




kiRaNya suAtU MaSAKu MamPu TErsenYum
kiRanya SuAtU mAsaKu berJaya
kiRanya SuatU masAkU DIsANJUng
kiRanya suAtU MAsAkU DIhARGai
kiRanya Suatu maSakU beRada diPunCak


seSungGUHnya hanYa inSan biAsa sePertiKu
paSti seGaLa keJayaAN kan leBih beRmakNA
ANdAI kaU DiSisI ku




keTahuilah oLehmu
beTapa pentingNYa keHadirAnMu daLam hiDup ku
beTapa berMakNanyA kaSih SaYang dAn pERhatiaN Mu
beTapa ku Amat MemeRLukan diRimU


KEraNa kAu sAyanG tERbAIk perNah di MiliKi
Friend for ever :)
  

Online Now Icons
 
AQU INSAN BIASA :)